XYZ
advisory

Nurul Ain Osman

+60123456789
My Profile
My Profile
Hibah Takaful
Hibah Takaful
Medical Card
Medical Card
Cancer & CI
Cancer & CI
Emp. Benefits
Emp. Benefits
Renew RoadTax
Renew RoadTax
Travel Takaful
Travel Takaful
House Protect.
House Protect.
Busi. Protection
Busi. Protection
Wasiat
Wasiat
Hibah Harta
Hibah Harta
H. Sepencarian
H. Sepencarian
Hubungi saya
Call / Whatsapp:

Nurul Ain Osman

Takaful Family | Corporate |
General | Estate Planning
Terima kasih kerana melayari laman web ini!

Saya adalah perunding takaful dan perancang harta pusaka sepenuh masa mewakili syarikat di atas dan bernaung di bawah agensi XYZ Advisory:
  • Takaful Keluarga & Korporat:
    Prudential BSN Takaful
  • Takaful Am:
    Zurich General Takaful
  • Perancangan Harta Pusaka Islam:
    as-Salihin Trustee Berhad

Hubungi saya HARI INI untuk dapatkan khidmat nasihat percuma!

Hibah Takaful

Hibah dalam bahasa arab membawa maksud hadiah.

Maka, hibah takaful pula bermaksud sejumlah wang tunai dari tabungan takaful, berdasarkan jumlah perlindungan yang diambil, akan diberikan secara hibah (hadiah/milikan 100%) kepada penama yang telah dinamakan, selepas kematian pencarum.

Semakin ramai yang sedar tentang keperluan memiliki pelan perlindungan hibah takaful kerana ia menjadi satu medium paling pantas untuk menyediakan sejumlah ‘dana’ yang banyak dari puluhan ribu ke jutaan ringgit buat keluarga yang tercinta, andaikata si pencarum meninggal dunia, yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja, tak kira umur muda atau tua.

Di IC kita, hanya tercatat tarikh kita dilahirkan tetapi tarikh kematian, tiada siapa yang tahu. Atas sebab itu, kita disarankan mencarum dalam pelan perlindungan hibah takaful secepatnya. Please, jangan bertangguh!




Berapa Jumlah Yang Ideal?

Bagi menentukan berapa jumlah hibah takaful yang perlu diambil, sebaiknya, mengikut rule of thumb, adalah 10 kali gaji tahunan anda. Sebagai contoh:
Gaji bulanan anda = RM5,000

Maka, 10 tahun gaji,
= RM5,000 x 12 bulan x 10 tahun
= RM600,000


Jadi, jumlah hibah takaful yang disyorkan adalah RM600,000

Ini adalah jumlah yang terbaik untuk keluarga yang bakal anda tinggalkan, meneruskan kehidupan dengan selesa dan dapat selesaikan hutang-hutang anda yang mungkin belum diselesaikan, selepas kematian.

Tetapi, kadang-kala, budget yang membataskan. Jadi, ambillah jumlah perlindungan minima 1 tahun gaji tahunan atau mengikut berapa caruman bayaran yang mampu anda peruntukkan setiap bulan tanpa gagal.




Ada Cover Apa?

Di bawah adalah salah satu pelan hibah takaful dari PruBSN:
HIBAH TAKAFUL
MANFAAT ASAS:
Pampasan Kematian
RM350,000 sehingga jutaan RM
MANFAAT BERGANDA:
(Tambahan kepada Manfaat Asas)
1. Kematian akibat kemalangan:
+ 100% dari manfaat asas
(Total: 200%)
2. Kematian akibat kemalangan ketika berada dalam pengangkutan awam, atau elevator car (kecuali di lombong atau kawasan pembinaan), atau terlibat dalam kebakaran dalam teater / hotel / bangunan awam:
+ 200% dari manfaat asas
(Total: 300%)
3. Kematian akibat kemalangan di luar Negara:
+ 300% dari manfaat asas
(Total: 400%)
4. Kematian akibat bencana alam:
+ 500% dari manfaat asas
(Total: 600%)
TEMPOH PERLINDUNGAN
Tempoh 20 tahun atau,
sehingga maksima umur 100 tahun)
CARUMAN BAYARAN
Tekan whatsapp di sebelah kiri untuk dapatkan sebutharga



Berapa Sebutharga Caruman?

Tekan button whatsapp di sebelah kiri untuk saya bantu kirakan caruman bayaran yang perlu dibayar mengikut jumlah hibah yang dikehendaki, umur anda, lifestyle anda dan risiko pekerjaan.

Medical Card

Medical card atau nama lain iaitu kad perubatan, boleh membantu anda membayar bil rawatan hospital ketika sakit atau kemalangan dan memerlukan rawatan hospital.

Ia adalah kemudahan yang disediakan oleh syarikat takaful kepada pencarum supaya mereka yang dilindungi, mudah untuk membuat claim di hospital-hospital yang menjadi panel kepada syarikat takaful tersebut.

Di Prudential BSN Takaful Berhad, terdapat beberapa pakej pelan dengan berbeza jumlah perlindungan yang disediakan, bagi memenuhi keperluan dan budget anda.


Pilihan Pelan

MEDICAL CARD
TANGGUNGAN BILIK WAD:
RM100 – RM600 per hari
TANGGUNGAN HAD CLAIM:
RM150,000 – RM2 Juta
TANGGUNGAN KOS RAWATAN HOSPITAL:
Tanggungan Penuh /
SmartSaver300 /
SmartSaver1000 /
Deductible 20,000 /
Deductible 50,000 /
Deductible 75,000 /
Deductible 100,000
TEMPOH PERLINDUNGAN
Tempoh 20 tahun atau,
sehingga maksima umur 100 tahun
CARUMAN BAYARAN
Tekan whatsapp di sebelah kiri untuk dapatkan sebutharga



Berapa Sebutharga Caruman?

Tekan button whatsapp di sebelah kiri untuk dapatkan sebutharga caruman bayaran mengikut jumlah perlindungan, umur anda, lifestyle anda dan risiko pekerjaan.

Kanser & Sakit Kritikal


Kenapa Perlindungan Takaful Penyakit Kritikal Adalah Penting?

“Cukup ke kalau saya dah ada kad perubatan?”

Semua sedia maklum fungsi utama kad perubatan adalah untuk menampung kos-kos rawatan jika anda dimasukkan ke hospital. Jika sekadar sakit biasa seperti patah tangan atau demam denggi, kad perubatan sahaja memang sudah memadai. Tetapi jika menghidapi penyakit kritikal bagaimana pula?

Ya, anda boleh gunakan kad perubatan untuk menampung kos rawatan yang tinggi seperti kos rawatan hospital atau kos rawatan kemoterapi. Tetapi terdapat kos-kos tersembunyi lain yang hadir bersama penyakit kritikal.

Kebiasaannya penyakit kritikal seperti barah, strok dan sakit buah pinggang memerlukan tempoh rawatan yang panjang dan mengambil masa berbulan-bulan lamanya, malah terdapat juga kes yang mengambil masa bertahun lamanya untuk menjalani rawatan.

Disebabkan perkara ini, kos rawatan penyakit kritikal secara keseluruhannya amat tinggi berbanding sakit biasa. Bukan sahaja kerana kos rawatan di hospital, tetapi kerana lazimnya pergerakan anda terhad selepas rawatan, yang mana akan memaksa anda untuk mengambil cuti tanpa gaji atau berhenti kerja untuk menjalani rawatan dan sesi pemulihan.

Contohnya kes serangan jantung. Katakan seorang pesakit memerlukan rawatan pembedahan bagi arteri yang tersumbat. Alhamdulillah, pesakit tiada masalah untuk membayar kos pembedahan kerana memiliki kad perubatan.

Setelah selesai pembedahan, doktor menasihatkan pesakit untuk berehat di rumah bagi tempoh 3-4 bulan. Kemungkinan besar pesakit perlu mengambil cuti tanpa gaji.

Jadi, bagaimana pesakit mahu mencari pendapatan bagi menampung perbelanjaan hariannya dan komitmen kewangannya selama 3-4 bulan tersebut?

Ini adalah situasi yang mana pesakit perlu berehat panjang dalam tempoh pemulihan.


Bagaimana pula jika ditimpa dengan
penyakit yang memerlukan seseorang
untuk menjaga mereka?


Contohnya, sakit strok dengan pergerakan yang sangat terbatas. Pasangan mungkin perlu menjaganya sehingga terpaksa mengambil cuti atau perlu mengupah jururawat khas di rumah.

Siapa yang akan tanggung kos-kos ini?

Anda mungkin ada simpanan, tetapi mampukah simpanan anda bertahan untuk tempoh setahun sekurang-kurangnya?

Mahu atau tidak, anda memerlukan satu sumber kewangan baru untuk menampung perbelanjaan kehidupan seharian anda apabila anda menghidap penyakit kritikal.

Di sinilah, pelan takaful penyakit kritikal mampu membantu anda yang mana ia berfungsi sebagai penggantian pendapatan demi meneruskan kelangsungan hidup.


Berapa jumlah yang diperlukan?

Formula bagi jumlah pampasan sakit kritikal adalah bersamaan 3 tahun pendapatan. Hal ini kerana kebiasaannya pesakit memerlukan tempoh 3 tahun untuk pulih sepenuhnya.

Kalau gaji anda RM3,000 sebulan, maka jumlah pampasan yang diperlukan adalah RM108,000.


Nak guna wang pampasan untuk apa?

  1. Membeli ubat-ubatan tambahan yang tidak termasuk di bawah bil hospital
  2. Menampung kos perbelanjaan harian kerana terpaksa berhenti kerja
  3. Membayar kos jururawat/penjaga jika anda memerlukan khidmat jagaan di rumah selepas tempoh rawatan
  4. Pembelian alatan rawatan tambahan di rumah seperti katil khas
  5. Rawatan alternatif jika perlu


Jika anda mahu dapatkan sebutharga caruman bayaran jumlah perlindungan penyakit kritikal yang diperlukan, tekan button whatsapp di sebelah kiri ini untuk terus berhubung dengan saya.

Corporate: Employee Benefits


3 Sebab Majikan Perlu Sediakan Perlindungan Takaful untuk Pekerja

  1. Hargai Pekerja Sedia Ada
    Jika anda seorang majikan, salah satu cara untuk menghargai pekerja anda adalah dengan menyediakan pelan perlindungan takaful untuk mereka, supaya mereka lebih rasa secure dan dihargai sepanjang bekerja bersama anda. Secara tak langsung, ia akan membuatkan pekerja anda setia dan bekerja lebih lama bersama anda.

    Jika pekerja berhenti dan sesuatu jawatan itu dikosongkan, kadangkala untuk mencari pengganti itu adalah sangat sukar dan memakan masa yang panjang. Sedikit sebanyak ia akan mengganggu kelancaran operasi syarikat anda. Sementara pekerja masih ada, hargai mereka dengan berikan pelan perlindungan takaful buat mereka.

  2. Kurangkan Tanggungan Majikan Apabila Pekerja Sakit
    Kita tak boleh beranggapan bahawa seseorang pekerja itu akan sentiasa sihat dan sentiasa hadir untuk bekerja. Akan ada ketika di mana pekerja jatuh sakit atau kemalangan. Pada waktu itu, dengan adanya pelan perlindungan yang disediakan, sedikit sebanyak ia boleh bantu pekerja itu mendapatkan rawatan lebih pantas dan kembali sihat lebih cepat. Majikan juga dapat mengurangkan kos yang mungkin perlu dikeluarkan bagi membantu pekerja ini, jika tiada pelan perlindungan disediakan.

  3. Boleh Kurangkan Cukai Syarikat
    Ini adalah salah satu kelebihan kepada syarikat. Dengan menyediakan pelan perlindungan takaful untuk pekerja-pekerja, beberapa cukai syarikat dapat dikurangkan. Secara tak langsung, majikan mendapat penjimatan dalam salah satu kos yang perlu ditanggung.



Pakej Perlindungan

Pakej ini adalah sesuai untuk:
  1. jumlah pekerja Minima 5 orang
  2. pekerja berumur 16 – 64 tahun
  3. Umur tamat tempoh untuk pekerja adalah 70 tahun
  4. Extended coverage untuk spouse:
    umur 16 – 64 tahun
    (medical card sahaja)
  5. Extended coverage untuk anak:
    umur 14 hari – 23 tahun
    (full-time student & tidak bekerja)
    (medical card sahaja)
  6. permohonan baru atau take over policy

Rujuk jadual di bawah untuk senarai manfaat yang boleh diperolehi:
MEDICAL CARD HOSPITAL
Tanggungan Bilik Wad Harian
RM100 – RM350
Had Claim Tahunan:
RM20,000 – RM100,000
Tanggungan Kos Rawatan Hospital:
Seperti dicaj, tertakluk pada had tahunan
Elaun Wad Harian:
(di hospital kerajaan sahaja)
RM70 – RM200
Rawatan Pesakit Luar Dialisis Buah Pinggang dan Rawatan Kanser:
Seperti dicaj, tertakluk pada had tahunan
Rawatan Kecemasan akibat kemalangan (outpatient):
Seperti dicaj, tertakluk pada had tahunan
TAKAFUL HAYAT
Pampasan Kematian:
RM30,000 – RM200,000
Pampasan Hilang Upaya Kekal:
RM30,000 – RM200,000
Pampasan Sakit Kritikal:
RM15,000 – RM100,000
CARUMAN BAYARAN
Tekan button whatsapp di sebelah kiri untuk sebutharga

Takaful & Road Tax

Road tax kenderaan anda sudah hampir tamat tempoh?

Jangan risau!
Saya boleh bantu anda renew dengan pantas!

Kenderaan persendirian atau kenderaan komersial?
Kedua-duanya saya boleh buatkan.

Antara maklumat yang diperlukan adalah:
  • Nombor plat kenderaan
  • Nama penuh pemilik
  • Nombor IC pemilik
  • Jenis kenderaan, model dan cc
  • Poskod kawasan kenderaan itu selalu digunakan


Tekan button whatsapp di sebelah kiri ini untuk saya bantu kirakan sebutharga.

Takaful Travel


Kelebihan Ambil Takaful
Travel Sebelum Melancong


  1. Risiko berlaku Kemalangan
    Kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Lebih-lebih lagi, ketika anda ke luar negara, di mana anda mungkin akan melalui jalan udara, jalan laut dan jalan darat dalam tempoh masa yang singkat. Banyak perjalanan, bermakna risiko untuk berlaku kemalangan juga tinggi. Rancang dan bersedialah dengan pelan perlindungan sebelum berangkat.

  2. Akses kepada rawatan perubatan
    Dengan adanya takaful travel, anda akan diberikan akses kepada manfaat perubatan di luar negara. Walaupun anda mungkin sudah ada pelan medical card di Malaysia, harus diingat, ianya hanya ‘laku‘ di Malaysia sahaja. Jadi, anda perlukan travel takaful ini untuk bantu biaya rawatan perubatan, sekiranya perlu dan kecemasan.

  3. Kelewatan / Perubahan Perjalanan
    Kadang-kala kita tak dapat elak perkara seperti jadual perjalanan kita akan mengalami kelewatan atau laluan perjalanan terpaksa diubah, mungkin atas sebab cuaca yang buruk atau kenderaan yang mahu dinaiki tidak dalam keadaan baik.

    Sekiranya ini berlaku, ada beberapa pakej yang disediakan di mana sejumlah gantian wang tunai akan diberikan. Sekurang-kurangya membantu meringankan sedikit beban yang mungkin kita perlu tanggung seperti tambahan budget untuk penginapan dan makanan.

  4. Tanggungan Kos Bawa Pulang Jenazah
    Bagaimana kalau pergi ke luar negara, kemudian berlaku kemalangan sehingga menyebabkan kematian? Jenazah perlu dibawa pulang ke Malaysia dan kosnya bukan sedikit. Dengan adanya takaful travel, ada pakej disediakan di mana kos membawa pulang jenazah boleh ditanggung

  5. Cover Aktiviti Lasak
    Agak ramai juga yang ke luar negara kerana mahu melakukan aktiviti lasak dan berbahaya seperti hiking, scuba diving, naik hot air balloon dan lain-lain lagi. Semua ini tidak cover melainkan anda ada sertakan sekali perlindungan untuk aktiviti lasak dalam takaful travel. Bayaran mungkin sedikit tinggi, tetapi ia boleh memberikan peace of mind kepada anda


Ada Cover Apa?

Antara yang dilindungi adalah:
TANGGUNGAN RAWATAN PERUBATAN DI LUAR NEGARA:
RM100,000 – tanpa had
OVERSEASE HOSPITAL INCOME:
RM150 – RM250 per hari
KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN DAN KECACATAN KEKAL
RM25,000 – RM125,000
PENANGGUHAN / PEMBATALAN PERJALANAN
Sehingga RM30,000
SEKATAN PERJALANAN
Sehingga RM30,000
GANGGUAN PERJALANAN
Sehingga RM3,000
KELEWATAN PERJALANAN
Sehingga RM3,600
KELEWATAN BAGASI
Sehingga RM2,000
KEHILANGAN DUIT & DOKUMEN PERJALANAN
RM1,000 – RM10,000
HOME CARE BENEFITS
Sehingga RM5,000
PET CARE BENEFITS
Sehingga RM1,000
Ini hanyalah sebahagian manfaat yang dilindungi dalam pakej takaful travel.

Untuk dapatkan lebih info dan sebutharga caruman bayaran, tekan button whatsapp di sebelah kiri ini untuk terus berhubung dengan saya.

House Protection

Pelan House Protection atau lebih dikenali sebagai takaful HouseOwner & HouseHolder (HOHH) adalah pelan yang boleh melindungi fizikal rumah dan barangan dalam rumah dari risiko kerugian akibat musibah yang berlaku.



Kelebihan takaful HouseOwner

  1. Perlindungan terhadap struktur fizikal rumah
    memberikan perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh bencana alam seperti banjir dan ribut taufan, kebakaran, letupan domestik atau lain-lain kejadian yang boleh membawa kerosakan kepada struktur fizikal rumah anda.

    Sejumlah pampasan tunai akan diberikan, mengikut jumlah perlindungan diambil dan pertimbangan dari penilai, kepada pemilik rumah sebagai bantuan kewangan memperbaiki kerosakan yang dialami.

  2. Liabiliti pihak ketiga
    ia juga melindungi anda sebagai pemilik rumah dari tuntutan perundangan oleh pihak ketiga, contohnya, atap rumah anda diterbangkan angin dan jatuh merosakkan rumah-rumah jiran, atau rumah anda menjadi penyebab berlakunya kebakaran.



Kelebihan takaful HouseHolder

  1. Perlindungan terhadap barangan dalam rumah
    memberikan perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan barangan dalam rumah seperti perabot, peralatan elektronik, perhiasan dan lain-lain yang disebabkan oleh bencana alam, kebakaran, letupan domestik, kebocoran tangki air dan lain-lain.

  2. Perlindungan terhadap kecurian
    Kecurian tanpa pecah masuk atau secara paksaan dan keganasan ke dalam rumah juga antara yang boleh dilindungi.

Adalah lebih baik mengambil kedua-kedua jenis perlindungan ini bersama, kerana ia saling berkaitan.

Jika anda ingin dapatkan sebutharga berapa nilai perlindungan yang dibolehkan dan caruman bayaran, tekan button whatsapp di sebelah kiri untuk saya bantu.

Business Protection

ANDA URUSKAN PERNIAGAAN, BIAR KAMI YANG URUSKAN ASET & RISIKO



Apakah Jenis Perlindungan Yang Disediakan?

  1. Fire & Terrorism
    Melindungi bangunan, stok, peralatan, perabot dan alatan pejabat dari kehilangan atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, letupan Domestik atau Keganasan.

  2. Banjir, Pecah & Limpahan Tangki Air/Paip
    Juga melindungi dari banjir, pecah atau limpahan tangki air / paip air

  3. Kerugian Tuntutan
    membantu anda membayar baki keuntungan bersih dan caj tetap yang timbul akibat gangguan perniagaan selepas berlakunya kerugian atau kerosakan dari kebakaran, malapetaka semulajadi yang besar seperti gempa bumi, ribut taufan, banjir dan lain-lain bahaya yang boleh dilindungi

  4. Semua Risiko (All Risks)
    Melindungi kerugian atau kerosakan pada semua loji, jentera, peralatan mekanikal dan radas serta semua tetap mesin dan peralatan pejabat di premis anda akibat kebakaran, kecurian dan kerosakan tidak sengaja.

  5. Kecurian & Pecah Masuk
    Melindungi kerugian atau kerosakan akibat kecurian akibat kemasukan secara paksa termasuk rompakan bersenjata dan tahan masuk ke dalam premis anda.

  6. Jaminan Kesetiaan (Fidelity Guarantee)
    Melindungi kerugian kewangan langsung akibat tindakan penipuan atau ketidakjujuran yang dilakukan oleh mana-mana pekerja anda

  7. Equipment All Risks
    Melindungi kehilangan atau kerosakan pada peralatan dan aksesori atau alat gantinya disebabkan oleh perlanggaran tidak sengaja, terbalik, kebakaran letupan luar, kilat, pecah rumah atau kecurian.

  8. Erection All Risks
    Kerosakan Bahan / Peralatan
    Melindungi apa jua kerugian atau kerosakan fizikal secara tidak dijangka dan tiba-tiba akibat semua sebab, selain daripada perkara yang dikecualikan secara khusus di dalam sijil

    Liabiliti Pihak Ketiga
    Melindungi kontraktor daripada semua bayaran di mana dia bertanggungjawab dari segi undang-undang untuk membayar ganti rugi akibat daripada:
    (a) Kecederaan anggota badan atau penyakit yang tidak disengajakan yang dialami oleh pihak ketiga akibat kemalangan (sama ada membawa maut atau tidak)

    (b) Kerugian atau kerosakan harta benda yang tidak disengajakan milik pihak ketiga akibat kemalangan dan berkaitan terus dengan kerja pembinaan peralatan/bahan yang dilindungi di bawah Bahagian I dan berlaku secara langsung di kawasan tapak kerja semasa tempoh perlindungan

  9. Contractor All Risks
    Menyediakan perlindungan untuk Kontraktor dan Pemaju untuk memenuhi kewajipan mereka di bawah syarat kontrak bagi kerja-kerja kejuruteraan awam yang diberikan kepada mereka seperti pembinaan bangunan, infrastruktur dan kerja kejuruteraan awam yang lain.

    Perlindungan sijil untuk kerugian atau kerosakan atas kerja-kerja kontrak semasa tempoh pembinaan boleh dilanjutkan kepada tempoh penyelenggaraan dari apa-apa sebab yang tidak dikecualikan secara khusus.Sijil ini akan terhenti apabila tamatnya projek dan penyerahan kepada Prinsipal.

    Sijil Semua Risiko Kontraktor bukan sijil tahunan dan oleh itu tidak boleh diperbaharui. Sijil ini melindungi ganti rugi liabiliti pihak ketiga yang bakal menjadi tanggungan Peserta di sisi undang-undang yang timbul daripada pelaksanaan kontrak tersebut

  10. Wang
    Melindungi kehilangan wang semasa dalam transit atau dalam premis dengan sebarang sebab termasuk pembaikan peti besi berkunci, bilik kebal atau depositori lain di mana wang itu disimpan

  11. Cermin Kaca (Plate Glass)
    Melindungi kerugian akibat pecah atau kerosakan pada kaca plat yang dipasang di premis anda

  12. Group Personal Accident
    Meliputi pampasan sehingga 12 pekerja atau jumlah sebenar pekerja mengikut mana yang lebih rendah bagi kecederaan badan secara tidak sengaja

  13. Machinery Breakdown
    Melindungi sebarang kehilangan atau kerosakan fizikal yang tidak dijangka dan mengejut pada loji, mesin dan mekanikal peralatan daripada punca seperti kecacatan tuangan dan bahan, kerosakan, reka bentuk, kerosakan di bengkel atau dalam pembinaan, mutu kerja yang buruk, kurang kemahiran, kecuaian, kekurangan air dandang atau letupan fizikal

  14. Boilers & Pressure Vessel
    Menyediakan perlindungan berkenaan dengan:
    i) Kerosakan pada dandang atau radas lain yang dinyatakan dalam sijil

    ii) Kerosakan harta benda di sekeliling kepunyaan Peserta seperti bangunan, jentera, stok dsb.

    iii) Liabiliti kepada Peserta atas sebab kecederaan maut atau bukan maut kepada, atau kecederaan badan dan kerosakan pada harta pihak ketiga

  15. Peralatan Elektronik
    Melindungi kerugian atau kerosakan pada komputer anda dan peralatan elektronik lain dan ia terpakai sama ada barang sedang beroperasi atau berehat atau dibongkar untuk tujuan pembersihan, baik pulih atau dialihkan dalam premis

  16. Employer’s Liability Melindungi liabiliti undang-undang anda kepada pekerja untuk kecederaan badan ketika sedang dalam pekerjaan

  17. Pampasan Pekerja (Workmen’s Compensation)
    Menyediakan perlindungan kepada anda sebagai majikan berkenaan liabiliti berkanun di mana anda akan bertanggungjawab untuk membayar pampasan kepada mana-mana pekerja bagi kecederaan anggota badan akibat kemalangan atau penyakit akibat pekerjaan atau semasa menjalankan pekerjaaannya di bawah Undang-Undang Pampasan Pekerja dan Undang-Undang Biasa untuk pekerja yang tidak dilindungi oleh SOCSO

  18. Foreign Workers Takaful Guarantee
    Di bawah Peraturan 21, Peraturan Imigresen, anda diwajibkan oleh Jabatan Imigresen untuk menyediakan jaminan dalam bentuk deposit keselamatan untuk pengupahan pekerja asing (tidak termasuk Pembantu Rumah Domestik).

    Jaminan ini adalah untuk menampung perbelanjaaan penghantaran pulang pekerja yang mungkin diarahkan untuk balik ke negara asal semasa bekerja di Malaysia atas arahan pihak berkuasa, disebabkan oleh pelanggaran akta imigresen, terlibat aktiviti haram dan menyalahi undang-undang

  19. Foreign Workers Hospitalisation & Surgical Scheme
    Skim ini telah direka khas untuk mengurangkan beban kewangan majikan terhadap pekerja asing sekiranya berlaku penghospitalan bagi pekerja asing akibat kemalangan atau penyakit ke Hospital Kerajaan Malaysia yang bukan dikorporatkan

  20. Liabiliti Awam (Public Liability)
    Melindungi liabiliti undang-undang anda kepada pihak ketiga berkenaan dengan kecederaan anggota badan yang tidak disengajakan atau kerosakan harta benda yang disebabkan oleh pekerja anda atau kecuaian anda

  21. Liabiliti Produk (Product Liability)
    Memberi indemniti kepada pengilang, pengedar atau pembekal produk terhadap liabiliti undang-undang untuk kecederaan badan atau kerosakan harta benda kepada pihak ketiga yang disebabkan oleh produk rosak yang dibekalkan atau pemasaran salah nyata

  22. Goods in Transit
    Melindungi kerugian atau kerosakan barang semasa perjalanan melalui pengangkutan darat seperti yang diperuntukkan dalam Klausa Transit Dalam Negeri (Semua Risiko)

  23. Marine Cargo
    Perlindungan untuk kerugian atau kerosakan kepada barangan yang dihantar melalui semua jenis pengangkutan (laut, udara, jalan raya dan kereta api) dari gudang asal ke gudang destinasi, termasuk penyimpanan sampingan

Tidak mengapa jika anda tidak faham tentang penerangan di atas. Apa yang perlu anda lakukan adalah tekan button whatsapp di sebelah kiri ini untuk berhubung terus dengan saya untuk saya cadangkan jenis perlindungan apa yang business anda perlukan.

Penulisan Wasiat

Apa itu WASIAT?
Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematian si pewasiat.

Wasiat hanya akan berkuatkuasa selepas kematian dan ianya boleh dipinda oleh pewasiat, semasa hayatnya.



Syarat Sah Wasiat:

  1. Pertama sekali, wasiat perlulah bertulis
  2. Pewasiat mestilah Islam dan dewasa
  3. Waras, tiada paksaan dan desakan daripada sesiapa
  4. Mestilah seorang yang tidak dilarang untuk mentadbir harta atau bankrap
  5. Wasiat perlu ditandatangani dan disaksikan oleh sekurang-kurangnya 2 orang lelaki Islam atau 4 orang perempuan Islam ketika wasiat ditandatangani.



5 Sebab Kenapa Perlu Wasiat:

  1. Melantik Wasi/Pentadbir bagi memastikan aset dapat dicairkan dan diuruskan serta diagihkan kepada waris
  2. Melantik siapa Penjaga harta untuk anak di bawah umur/ OKU, selepas kematian pemilik harta
  3. Menentukan pemberian harta kepada mereka yang bukan waris Faraid (contoh: anak angkat), termasuk pemberian infaq selepas kematian pemilik harta
  4. Memudahkan waris tahu senarai harta apa yang dimiliki oleh pemilik harta dan juga memudahkan mereka untuk menguruskan harta tersebut
  5. Juga memudahkan waris untuk mengetahui bagaimana harta pemilik itu perlu diagihkan mengikut kehendak pemilik



Siapa itu Wasi?

Wasi / Pentadbir adalah pihak yang mempunyai kuasa untuk menguruskan harta pusaka si mati.

Analoginya begini,
semasa ada hayat, seseorang pemilik harta, hanya perlukan tandatangan dan cap jarinya sahaja sebagai kuasa untuk membeli, meminda, menukar hak milik atas sesuatu harta yang dimiliki. Tetapi, selepas kematian, tandatangan dan cap jari pemilik sudah tiada kerana ‘dibawa’ pergi bersama.

Jadi, seseorang perlu dilantik untuk mewakili pemilik yang sudah meninggal dunia, untuk melakukan sesuatu terhadap hartanya, dan itulah wasi. Seseorang yang menjadi wasi, boleh terdiri daripada salah seorang waris kepada pemilik harta tersebut, Islam dan berumur lebih 18 tahun atau yang terbaik adalah appoint syarikat amanah yang bertauliah, untuk bantu menguruskannya.



Apakah tugas Wasi?

  1. Mendapatkan Surat Kuasa/Probet
  2. Mengenal pasti harta-harta dan hutang yang ditinggalkan
  3. Mendapatkan Sijil Faraid
  4. Melangsaikan Hutang simati
  5. Membahagikan harta pusaka simati

Jadi, pemilik harta perlulah kenalpasti, dalam kalangan keluarganya, siapakah yang layak untuk menggalas tanggungjawab berat ini. Jika tiada, adalah lebih baik appoint syarikat amanah untuk bantu uruskan harta.

Di bawah adalah perbezaan laluan yang perlu dihadapi oleh waris yang dilantik wasi atau syarikat amanah, dalam menyelesaikan hal pusaka seseorang:



Wasi yang dilantik akan menghadapi laluan yang lebih pendek jika pemilik sudah membuat dokumen wasiat, berbanding yang tiada wasiat atau wasiat tidak lengkap.



Pengagihan

Selepas laluan di atas dapat diselesaikan, barulah sampai ke langkah seterusnya iaitu pengagihan harta pemilik kepada waris-waris yang layak. Ia juga akan menurut hasrat pemilik sama ada pengagihan mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh pemilik, pengagihan sama-rata, atau mengikut pembahagian Faraid.

Jika ada waris yang menentang tentang pengagihan itu, hanya bahagian yang menentang sahaja akan dinasihatkan mengikut secara pembahagian Faraid. Manakala, yang bersetuju, pengagihan adalah mengikut ketetapan pemilik atau sama-rata.

Tekan button whatsapp di sebelah kiri ini untuk saya bantu anda merangka pesanan dan arahan anda dalam dokumen wasiat supaya waris jelas tentang hasrat anda apa yang perlu dilakukan terhadap harta itu dan bagaimaan mengagihkannya.

Hibah Harta

Hibah bermaksud hadiah. Maka, hibah harta pula, bermaksud menghadiahkan sesuatu harta kepada sesiapa yang dikehendaki oleh pemilik harta tersebut.

Tujuannya adalah untuk menjamin hak benefisiari (boleh jadi waris atau sesiapa sahaja) yang dipilih oleh penghibah dengan cara pemberian hak mutlak (100%) kepada benefisiari tersebut.



Apakah aset yang boleh dihibahkan?

Ini antara aset yang boleh dihibahkan:
  • Hibah hartanah bercagar
  • Hibah hartanah bebas cagaran
  • Hibah harta alih dan tunai
  • Hibah saham bursa
  • hibah saham perniagaan

Penghibah atau pemilik aset menyatakan bahawa beliau memberi aset tersebut kepada benefisiari dan beliau memegang aset tersebut untuk kepentingan benefisiari.

Hibah Harta adalah dokumen bertulis yang mengandungi syarat dan terma penghibah memegang aset tersebut serta pemberian kepada benefisiari, yang hanya akan berlaku selepas kematian penghibah.



Kelebihan membuat Hibah Harta

  1. aset yang dihibahkan tidak dianggap sebagai harta pusaka penghibah. Oleh itu ianya terkeluar dari undang-undang pembahagian Faraid
  2. penghibah mempunyai kuasa untuk membatalkan hibah
  3. penghibah boleh memastikan benefisiari terpelihara ketika beliau dalam keadaan tidak berupaya dan bukan hanya apabila beliau meninggal dunia
  4. penghibah masih boleh menerima manfaat aset yang telah dihibahkan dan juga boleh melantik seseorang untuk menjadi penjaga hak benefisiari yang belum dewasa


Untuk penerangan yang lebih jelas dan terperinci, boleh tekan button whatsapp di sebelah kiri ini untuk terus berhubung dengan saya.

Harta Sepencarian

Harta Sepencarian bermaksud harta yang diperolehi oleh suami dan isteri bersama-sama sepanjang perkahwinan yang sah di mana kedua-dua pihak memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung terhadap perolehan harta tersebut.

Harta sepencarian termasuklah harta alih seperti wang ringgit, kereta, saham dan sebagainya serta harta tak alih iaitu sebarang bentuk hartanah dan rumah atau apa-apa aset dan modal yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan.



Sumbangan yang dikira

Undang-Undang dan Mahkamah Syariah di Malaysia mengiktiraf sumbangan isteri ke atas perolehan harta sepencarian sama ada:
  • sumbangan secara langsung berbentuk wang ringgit atau,

  • sumbangan secara tak langsung, contohnya:
    kasih sayang isteri kepada suami serta anak-anak mereka
    – penat lelah dan pengorbanan dalam menjaga dan menguruskan kehidupan keluarganya.



Keadaan Tuntutan

Harta sepencarian boleh dituntut dalam 3 keadaan iaitu:
  1. poligami
  2. bercerai
  3. kematian



Siapa perlu buat?

Hanya suami yang perlu buat dokumen Harta Sepencarian ini dan tujuan asalnya adalah untuk melindungi hak isteri-isteri supaya suami sentiasa bersikap adil dan mengelakkan perebutan atau pertikaian yang mungkin boleh berlaku di kemudian hari.

Untuk penerangan yang lebih jelas dan terperinci, tentang bagaimana ia boleh dilaksanakan, dokumen-dokumen diperlukan dan kos-kos yang terlibat, boleh hubungi terus tekan button whatsapp di sebelah kiri untuk berhubung dengan saya.

Contact Designer

namadomain.com @ 2024

error: Content is protected !!
Manfaat pekerja yang majikan boleh tawarkan kepada pekerja anda
Pelan perlindungan takaful untuk personal dan family. Tekan salah satu menu di bawah ini:
Whatsapp saya!
(En. Syubli)

Pilih topik dan isikan nama serta nombor handphone untuk mulakan perbualan!

Topik & Maklumat Diri

"*" indicates required fields

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

DAFTAR SEBAGAI
RAKAN AFFILIATE &
LAYAK TERIMA KOMISYEN
SEHINGGA 25%

Bantu rakan-rakan dan family mohon pelan perlindungan takaful melalui Syubli.com dan terima komisyen sehingga 25%.

Bagaimana Caranya?

  1. Daftar sebagai rakan affiliate melalui borang di bawah untuk dapatkan link referral affiliate milik anda

  2. Share link affiliate anda kepada rakan-rakan, keluarga atau sesiapa sahaja yang berpotensi nak mohon pelan perlindungan takaful

  3. Minta mereka mohon pelan takaful melalui website ini juga supaya kami boleh tracking mereka yang memohon adalah pelanggan affiliate siapa dan anda juga boleh tahu siapa pelanggan di bawah anda, secara bersistem, di dashboard affiliate area

  4. Jika ada pertanyaan, anda tak perlu menjawab soalan mereka. Minta mereka tekan button ‘Whatsapp’ yang disediakan di bawah dan isikan maklumat ringkas. Ia akan membawa kepada aplikasi whatsapp

  5. Jika perlu appointment sama ada secara offline atau online, borang appointment juga disediakan

  6. Setiap pelanggan yang mencarum pelan takaful direct di bawah anda dan permohonannya juga lulus, anda akan menerima komisyen pelanggan direct (Level 1) sebanyak 15% dari caruman bayaran takaful mereka setiap bulan selama 12 bulan (untuk Family Takaful sahaja. Lain-lain, sila rujuk jadual di bawah)

  7. Permohonan untuk diri sendiri juga dikira untuk pengiraan komisyen (Level 1)

  8. Anda juga layak untuk rekrut lebih ramai rakan affiliate di bawah anda dan boleh menerima komisyen tambahan sebanyak 5% di Level 2 dan 5% lagi di Level 3, menjadikan jumlah keseluruhan adalah 25% dari caruman bayaran (untuk Family Takaful sahaja. Lain-lain, sila rujuk jadual di bawah)

  9. Anda boleh monitor pelanggan direct dan indirect anda serta jumlah komisyen yang boleh diperolehi di Affiliate Dashboard
Comm-syublicom
Contoh Ilustrasi Kiraan:
  1. Ahmad berjaya bantu 10 orang dari keluarganya sign-up pelan takaful dengan caruman bulanan RM150/month. Komisyen pelanggan direct (Level 1) = RM150 x 10 x 15% = RM225 bulanan

  2. Kemudian, keluarganya juga berjaya bantu 30 orang rakan-rakan mereka sign-up pelan takaful dengan caruman bulanan RM150/month. Komisyen pelanggan indirect (Level 2) = RM150 x 30 x 5% = RM225 bulanan

  3. Tak terhenti di situ, rakan-rakan mereka itu juga berjaya bantu 60 orang keseluruhan, ahli keluarga mereka sign-up pelan takaful dengan caruman bulanan RM150/month. Komisyen pelanggan indirect (Level 3) = RM150 x 60 x 5% = RM450 bulanan

  4. Keseluruhan komisyen untuk bahagian Ahmad adalah: = RM225 + RM225 + RM450 = RM900 bulanan, selama 12 bulan setiap pelanggan
Jom bermula HARI INI!
Act NOW!

Daftar Rakan Affiliate!

Anda dijemput untuk daftar sebagai rakan affiliate Syubli.com dan layak terima komisyen #kongsirezeki sehingga 25% dari caruman takaful untuk permohonan diri sendiri, family dan rakan-rakan. Hanya di Syubli.com!
(Please, agents are not welcomed!)

"*" indicates required fields

This field is for validation purposes and should be left unchanged.
Salam / Hai, boleh kita berjumpa?

Isikan borang di bawah ini untuk kita berjumpa secara depan-depan (KL/Selangor) atau secara online melalui aplikasi Zoom / Microsoft Team bagi penerangan lebih jelas tentang pelan perlindungan takaful yang anda perlukan.

Set Appointment

"*" indicates required fields

(Topik - pilih mana-mana yang berkaitan)
(nombor yang boleh call & whatsapp)
Tarikh*
Cadangan tarikh
Masa:*
:
Cadangan masa
Untuk pilihan face-to-face
This field is for validation purposes and should be left unchanged.