Soalan Lazim
Pelan perlindungan takaful yang merangkumi manfaat elaun hospital, medical card dan elaun mc untuk kemalangan, bagi dewasa berumur dari 19 – 50 tahun, berdasarkan hari jadi akan datang.
Provider yang disyorkan adalah dari syarikat Hong Leong MSIG Takaful, Takaful Ikhlas dan Prudential BSN Takaful.
Sekiranya umur anda melebihi 50 tahun, tekan button whatsapp di bawah untuk dapatkan sebutharga mengikut umur anda.
Dewasa berumur antara 19 – 50 tahun, pada hari jadi akan datang
Tarikh lahir anda: 01 Mac 1994
Tarikh hari ini: 01 April 2024
Tarikh hari jadi akan datang: 01 Mac 2025
Umur pada hari jadi akan datang: 31 tahun.
Maka, semak caruman bayaran untuk umur 31 tahun.
Caruman bayaran yang tertera dalam borang di atas adalah jumlah bayaran secara bulanan. Untuk bayaran secara:
- suku-tahunan (quarterly), darab dengan 3
- separuh-tahunan (half-yearly), darab dengan 6
- tahunan (yearly), darab dengan 12
Pembayaran caruman boleh dilakukan secara pemotongan kad debit / kad kredit sahaja. Anda perlu daftar maklumat kad melalui link yang diberikan di sms/email untuk pembayaran kali pertama
Dari borang disediakan di atas:
- pilih pakej perlindungan yang anda perlukan
- kemudian, pilih umur anda berdasarkan hari jadi akan datang
- tekan button ‘Isikan Borang Permohonan’ dan isikan borang tersebut selengkapnya, untuk teruskan permohonan dan hantar
- kami akan hantar permohonan anda ke HLMT / PruBSN atau TI mengikut pakej pelan yang anda pilih
- kemudian, anda akan dapat link pembayaran untuk bulan pertama, dihantar ke sms/email anda
- sila buat pembayaran kali pertama melalui link tersebut menggunakan kad debit/ kredit sahaja
- proses kelulusan akan ambil masa 1-7hari bekerja (standard clean case)
- selepas permohonan lulus, boleh daftar masuk portal pelanggan di HLMTakaful360, PruBSN Touch dan TI OCA. Segala maklumat anda berserta pakej perlindungan yang diambil akan tertera di sini
Ya, boleh. Sila nyatakan secara jujur, semua history penyakit yang anda pernah hidapi dalam ruangan status kesihatan yang disediakan dalam borang permohonan di atas.
Maklumat ini adalah penting untuk pertimbangan underwriter.
Juga boleh lampirkan maklumat tambahan seperti discharge summary (jika pernah warded), salinan bil hospital, salinan lab reports, dan lain-lain yang boleh membantu proses underwriting.
Tekan button whatsapp di bawah sekiranya anda perlukan bantuan atau ada pertanyaan lain.
Tidak. Tiada buku sijil dan medical card fizikal akan diberikan.
Anda boleh rujuk maklumat anda berserta maklumat perlindungan di portal pelanggan atau download aplikasi ‘HLMTakaful360’ dari apple store, google playstore atau huawei gallery.
Sekiranya perlu warded di kemudian hari, pergi ke hospital panel dan serahkan IC serta nombor sijil kepada kaunter admission untuk urusan claim