Hibah Takaful: 19 - 50 tahun  

Selalu anda dapat gaji untuk tempoh sebulan, tapi pernah tak kira berapa nilai gaji anda untuk 1 hari? Kalau tak pernah kira atau ambil tahu, cuba kira sekarang?

Haa, dapat berapa?
RM100 / RM200 / RM300 / RM500?

Bila sudah tahu berapa kita dibayar untuk buat kerja dalam 1 hari, kita akan rasa lebih bersyukur dan lebih bersemangat nak datang untuk bekerja.

Hari ini aku perlu datang kerja untuk dapat tambahan gaji lagi RM200 untuk bulan ini.
Alamak, hari ini aku demam, gaji aku bakal kurang RM300 bulan ini.


Saya tak sentuh tentang anda ada cuti tahunan atau cuti MC yang boleh di claim. Itu manfaat yang diberikan oleh majikan anda dan anda patut bersyukur jika ada manfaat ini. Tetapi, untuk mereka yang bergaji harian, manfaat seperti ini langsung tiada.

BERAPA PULA GAJI 1 TAHUN?

Sekarang, cuba kira pula berapa gaji anda dalam 1 tahun dengan formula ini:
  • Gaji bulanan: Gaji sebulan x 12 bulan (contoh) = RM5,000 x 12 = RM60,000
  • Gaji harian: Gaji harian x bilangan hari kerja seminggu x 52 minggu (contoh) = RM200 x 5hari x 52 minggu = RM52,000
Jumlah yang anda dapat dari kiraan di atas adalah nilai paling sedikit (minima) yang perlu anda sediakan buat keluarga andai kata hari ini adalah hari terakhir buat anda, sebelum kematian menjemput. Mencarum pelan perlindungan Hibah Takaful dengan jumlah minima dari kiraan di atas.
Hibah Takaful = sejumlah duit tunai dari tabungan takaful, senilai dengan jumlah perlindungan, akan diberikan secara Hibah (tanpa perlu Faraid) kepada penama / pewaris yang telah dinamakan selepas kematian pencarum

Contoh:
Mustafa mencarum hibah takaful dengan jumlah perlindungan setahun gaji RM60,000 dan meletakkan nama isteri, Suraya sebagai penerima duit takaful itu secara Hibah (milikan 100%) selepas kematian.

>> Bila berlaku kematian ke atas Mustafa, isterinya Suraya akan menerima keseluruhan (tanpa perlu dibahagi kepada waris-waris suami yang lain) duit takaful RM60,000 itu sebagai bantuan kewangan terakhir dari suaminya (yang cukup untuk tempoh 1 tahun) bagi meneruskan kehidupan (bersama anak-anak) tanpa suami.

ADAKAH CUKUP JUMLAH
HIBAH TAKAFUL = 1 TAHUN GAJI?

Mari kita bedah siasat.

Semasa hidup, ini mungkin apa yang anda tanggung dengan gaji yang diterima:
  1. Loan Rumah = RM1,500
    (ada MRTT/MLTT – cover kematian untuk pemilik)
  2. Loan Kereta = RM600
    (tiada manfaat autolife untuk cover kematian pemilik)
  3. Perbelanjaan Keluarga & Sekolah = RM2,000
  4. Simpanan = RM300

Total: RM4,400
Selepas kematian, ini pula mungkin apa yang keluarga anda tanggung selepas ketiadaan anda:
  1. Loan Rumah = RM1,500
    (dengan syarat, nilai MRTT/MLTT adalah sama atau melebihi jumlah baki loan. Jika kurang, spouse perlu sambung bayar)
  2. Loan Kereta = RM600
    (spouse perlu sambung bayar)
  3. Perbelanjaan Keluarga & Sekolah = RM2,000
    (spouse perlu ambil alih tanggungan ini)
  4. Simpanan = RM300

Total: RM2,600
Apa yang anda perasan?
  1. Jika kita lihat, jumlah yang perlu ditanggung sebelum dan selepas kematian seseorang itu hanya mengurangkan sebahagian sahaja, iaitu loan rumah dapat pampasan MRTT/MLTT dan simpanan pula terhenti

  2. Loan rumah dapat diselesaikan dengan MRTT/MLTT, dengan syarat, anda ada ambil MRTT/MLTT ini dan jumlah perlindungan haruslah sama atau melebihi jumlah loan. Jika jumlahnya adalah kurang, spouse bakal kena sambung bayar menyelesaikan bakinya

  3. Namun begitu, selepas loan rumah diselesaikan, ia perlu dibahagikan kepada semua waris anda yang layak menerimanya, secara Faraid. Secara tak langsung, ia bakal mengecilkan bahagian spouse dan anak-anak anda, melainkan, anda telah buat Dokumen Hibah Harta semasa hayat anda

  4. Loan Kereta, sangat ramai sebenarnya yang tak cakna tentang kepentingan ambil manfaat auto-life yang mampu bantu selesaikan hutang bank jika peminjam yang meninggal dunia. Jika tiada manfaat ini diambil, bank akan ‘kejar’ spouse untuk sambung bayar atau kereta ditarik semula


Kos Tuntutan Harta Pusaka

Ini adalah hakikat yang semua orang perlu terima!
Selepas kematian seseorang yang mempunyai harta ke atas namanya, proses pertukaran hak milik harta itu juga ada kos yang perlu ditanggung. Ia BUKAN PERCUMA dan ia BUKAN AUTOMATIK hak milikan jatuh pada waris terdekat.

Dari contoh situasi di atas, kita andaikan:
  • nilai rumah ketika itu: RM500,000
  • nilai kereta: RM30,000
  • nilai lain-lain harta, simpanan dan KWSP: RM120,000

Jumlah keseluruhan adalah RM650,000.

Kos tuntutan harta pusaka yang perlu ditanggung kebiasaannya antara 4 – 10% dari jumlah nilai harta.

Kita ambil 10%, maka kosnya adalah:
= 10% x RM650,000 = RM65,000

Jadi, jumlah minima HIIBAH TAKAFUL yang dicadangkan adalah:
= (RM2,600 x 12bulan) + RM65,000
= RM96,200
= RM100,000 (dilebihkan dan digenapkan)

SEMAK CARUMAN BAYARAN
IKUT UMUR ANDA

Jadi, bila sudah tahu berapa jumlah hibah takaful yang perlu diambil, akan jadi mudah untuk anda buat keputusan, mengikut budget yang tidak membebankan.

Ramai agent akan suggest ambil jumlah hibah takaful yang besar. RM500,000 atau RM1 Juta. Yes, bagus sediakan lebih untuk keluarga dan ia tidak salah, tetapi jika caruman bulanannya agak membebankan, ia akan jadi masalah suatu hari nanti untuk maintain bayaran.

Seeloknya ikutlah kemampuan yang boleh anda bayar secara konsisten dan disarankan, jumlah minima adalah bersamaan perbelanjaan 1 tahun untuk keluarga + hutang/loan yang tiada insurans/takaful + anggaran kos pengurusan harta pusaka milik anda.

Sekiranya jumlah perlindungan hibah takaful yang anda perlukan adalah RM100,000, RM200,000, RM350,000, RM500,000 atau RM1 Juta, atau mengikut budget yang bersesuaian dengan anda, sila semak berapa jumlah caruman bayaran bulanan mengikut umur anda pada borang di bawah ini dan tekan Isi Borang Permohonan untuk untuk teruskan permohonan, dengan isi lain-lain maklumat yang diperlukan, selengkapnya.

Pilihan Jumlah Hibah

Manfaat yang dlindungi:100K250K350K500K1Juta
MANFAAT ASAS
A. Pampasan Kematian:RM100,000RM250,000RM350,000RM500,000RM1 Juta
B. Pampasan Hilang Upaya Kekal:RM100,000RM250,000RM350,000RM500,000RM1 Juta
MANFAAT BERGANDA
(Tambahan Manfaat Asas)
C. Pampasan Kematian akibat Kemalangan
( A x 100% )
--RM350,000
(Total A+C: RM700,000
RM500,000
(Total A+C: RM1 Juta)
RM1 Juta
(Total A+C: RM2 Juta)
D. Pampasan Kematian akibat Kemalangan di tempat awam / pengangkutan awam:
( A x 200% )
--RM700,000
(Total A+D: RM1.05 Juta)
RM1 Juta
(Total A+D: RM1.5 Juta)
RM2 Juta
(Total A+D: RM3 Juta)
E: Pampasan Kematian akibat Kemalangan di luar Negara--RM1.05 Juta
(Total A+E: RM1.4 Juta)
RM1.5 Juta
(Total A+E: RM2.0 Juta)
RM3.0 Juta
(Total A+E: RM4.0 Juta)
F: Pampasan Kematian akibat bencana alam--RM1.75 Juta
(Total A+F: RM2.1 Juta)
RM2.5 Juta
(Total A+F: RM3.0 Juta)
RM5.0 Juta
(Total A+F: RM6.0 Juta)
LAIN-LAIN MANFAAT
G. Khairat Kematian
( Pengurusan Jenazah )
--RM3,000RM3,000RM3,000

CARUMAN BAYARAN
HIBAH TAKAFUL

Sebutharga dan borang permohonan untuk pelan hibah takaful dari umur 19 - 50 tahun
Caruman Bayaran - Step 1 of 2
Save and Resume Later

Soalan Lazim

Pelan perlindungan takaful yang merangkumi manfaat pampasan kematian, untuk dewasa berumur dari 19 – 50 tahun, berdasarkan umur pada hari jadi akan datang, di mana jumlah pampasannya boleh dihibahkan secara terus kepada waris yang telah dinamakan (bukan sebagai pemegang amanah sahaja), selepas kematian pencarum.

Provider yang disyorkan adalah dari syarikat Prudential BSN Takaful Berhad.

Sekiranya umur anda melebihi 50 tahun, tekan button whatsapp di bawah untuk dapatkan sebutharga yang baru, mengikut umur anda.

Dewasa berumur antara 19 – 50 tahun, pada hari jadi akan datang (berdasarkan borang disediakan di atas)

Contoh:

Tarikh lahir anda: 01 Mac 1994
Tarikh hari ini: 01 April 2024

Tarikh hari jadi akan datang: 01 Mac 2025
Umur pada hari jadi akan datang: 31 tahun.

Maka, semak caruman bayaran untuk umur 31 tahun.

Caruman bayaran yang tertera dalam borang di atas adalah jumlah bayaran secara bulanan. Untuk bayaran secara:

  • suku-tahunan (quarterly), darab dengan 3
  • separuh-tahunan (half-yearly), darab dengan 6
  • tahunan (yearly), darab dengan 12

Pembayaran caruman boleh dilakukan secara pemotongan kad debit / kad kredit sahaja. Anda perlu daftar maklumat kad melalui link yang diberikan di sms/email untuk pembayaran kali pertama

Dari borang disediakan di atas:

  1. pilih jumlah perlindungan yang diperlukan
  2. kemudian, pilih umur anda berdasarkan hari jadi akan datang
  3. tekan button ‘Isikan Borang Permohonan’ dan isikan borang tersebut selengkapnya dan hantar
  4. kami akan hantar permohonan anda ke PruBSN
  5. kemudian, anda akan dapat link pembayaran untuk bulan pertama, dihantar ke sms/email anda
  6. sila buat pembayaran kali pertama melalui link tersebut menggunakan kad debit/ kredit sahaja
  7. proses kelulusan akan ambil masa 1-7hari bekerja (standard clean case)
  8. selepas permohonan lulus, boleh daftar masuk portal pelanggan di PruBSN Touch. Segala maklumat anda berserta pakej perlindungan yang diambil akan tertera di sini

Ya, boleh. Sila nyatakan secara jujur, semua history penyakit yang anda pernah hidapi dalam ruangan status kesihatan yang disediakan dalam borang permohonan di atas.

Maklumat ini adalah penting untuk pertimbangan underwriter. Juga boleh lampirkan maklumat tambahan seperti discharge summary (jika pernah warded), salinan bil hospital, salinan lab reports, dan lain-lain yang boleh membantu proses underwriting.

Tekan button whatsapp di bawah sekiranya anda perlukan bantuan atau ada pertanyaan lain.

Tidak. Tiada buku sijil akan diberikan. Anda boleh rujuk maklumat anda berserta maklumat perlindungan di portal pelanggan di PruBSN Touch.

Share to:

Lain-lain pakej perlindungan:
[pwa-install-button]
Syubli.com @ 2025 | Design by DBS Zenix
error: Content is protected !!
Manfaat pekerja yang majikan boleh tawarkan kepada pekerja anda
Pelan perlindungan takaful untuk personal dan family. Tekan salah satu menu di bawah ini:
Whatsapp saya!
(En. Syubli)

Pilih topik dan isikan nama serta nombor handphone untuk mulakan perbualan!

Topik & Maklumat Diri

"*" indicates required fields

This field is for validation purposes and should be left unchanged.

DAFTAR SEBAGAI
RAKAN AFFILIATE &
LAYAK TERIMA KOMISYEN
SEHINGGA 25%

Bantu rakan-rakan dan family mohon pelan perlindungan takaful melalui Syubli.com dan terima komisyen sehingga 25%.

Bagaimana Caranya?

  1. Daftar sebagai rakan affiliate melalui borang di bawah untuk dapatkan link referral affiliate milik anda

  2. Share link affiliate anda kepada rakan-rakan, keluarga atau sesiapa sahaja yang berpotensi nak mohon pelan perlindungan takaful

  3. Minta mereka mohon pelan takaful melalui website ini juga supaya kami boleh tracking mereka yang memohon adalah pelanggan affiliate siapa dan anda juga boleh tahu siapa pelanggan di bawah anda, secara bersistem, di dashboard affiliate area

  4. Jika ada pertanyaan, anda tak perlu menjawab soalan mereka. Minta mereka tekan button ‘Whatsapp’ yang disediakan di bawah dan isikan maklumat ringkas. Ia akan membawa kepada aplikasi whatsapp

  5. Jika perlu appointment sama ada secara offline atau online, borang appointment juga disediakan

  6. Setiap pelanggan yang mencarum pelan takaful direct di bawah anda dan permohonannya juga lulus, anda akan menerima komisyen pelanggan direct (Level 1) sebanyak 15% dari caruman bayaran takaful mereka setiap bulan selama 12 bulan (untuk Family Takaful sahaja. Lain-lain, sila rujuk jadual di bawah)

  7. Permohonan untuk diri sendiri juga dikira untuk pengiraan komisyen (Level 1)

  8. Anda juga layak untuk rekrut lebih ramai rakan affiliate di bawah anda dan boleh menerima komisyen tambahan sebanyak 5% di Level 2 dan 5% lagi di Level 3, menjadikan jumlah keseluruhan adalah 25% dari caruman bayaran (untuk Family Takaful sahaja. Lain-lain, sila rujuk jadual di bawah)

  9. Anda boleh monitor pelanggan direct dan indirect anda serta jumlah komisyen yang boleh diperolehi di Affiliate Dashboard
Comm-syublicom
Contoh Ilustrasi Kiraan:
  1. Ahmad berjaya bantu 10 orang dari keluarganya sign-up pelan takaful dengan caruman bulanan RM150/month. Komisyen pelanggan direct (Level 1) = RM150 x 10 x 15% = RM225 bulanan

  2. Kemudian, keluarganya juga berjaya bantu 30 orang rakan-rakan mereka sign-up pelan takaful dengan caruman bulanan RM150/month. Komisyen pelanggan indirect (Level 2) = RM150 x 30 x 5% = RM225 bulanan

  3. Tak terhenti di situ, rakan-rakan mereka itu juga berjaya bantu 60 orang keseluruhan, ahli keluarga mereka sign-up pelan takaful dengan caruman bulanan RM150/month. Komisyen pelanggan indirect (Level 3) = RM150 x 60 x 5% = RM450 bulanan

  4. Keseluruhan komisyen untuk bahagian Ahmad adalah: = RM225 + RM225 + RM450 = RM900 bulanan, selama 12 bulan setiap pelanggan
Jom bermula HARI INI!
Act NOW!

Daftar Rakan Affiliate!

Anda dijemput untuk daftar sebagai rakan affiliate Syubli.com dan layak terima komisyen #kongsirezeki sehingga 25% dari caruman takaful untuk permohonan diri sendiri, family dan rakan-rakan. Hanya di Syubli.com!
(Please, agents are not welcomed!)

"*" indicates required fields

This field is for validation purposes and should be left unchanged.
Salam / Hai, boleh kita berjumpa?

Isikan borang di bawah ini untuk kita berjumpa secara depan-depan (KL/Selangor) atau secara online melalui aplikasi Zoom / Microsoft Team bagi penerangan lebih jelas tentang pelan perlindungan takaful yang anda perlukan.

Set Appointment

"*" indicates required fields

(Topik - pilih mana-mana yang berkaitan)
(nombor yang boleh call & whatsapp)
Tarikh*
Cadangan tarikh
Masa:*
:
Cadangan masa
Untuk pilihan face-to-face
This field is for validation purposes and should be left unchanged.