Setiap tahun, bulan April adalah bulan terakhir untuk declare tax bagi anda yang dalam kategori salaried employee, iaitu tiada sumber pendapatan dari perniagaan. Manakala bagi anda yang mempunyai sumber pendapatan dari perniagaan, bulan terakhir untuk declare tax adalah pada Jun. Sentiasalah declare setiap tahun, walaupun gaji anda mungkin tidak layak dikenakan cukai. Jangan sampai pihak LHDN datang ketuk pintu rumah anda dan ajak berbincang. Ia sangat mengerikan!
Berita baik untuk anda yang mencarum dalam pelan perlindungan takaful. Kerajaan menggalakkan anda mendapatkan perlindungan takaful dengan cara beri pengecualian cukai. Bagi pampasan nyawa, pengecualian cukai adalah sehingga RM3,000 untuk pekerja swasta atau RM7,000 untuk pekerja kerajaan. Manakala insurans perubatan dan pendidikan, pengecualian adalah sehingga RM3,000 untuk pekerja swasta atau kerajaan. Amat rugilah kalau tak gunakan kuota ini bagi mengurangkan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar.
Bagi anda yang suami dan isteri adalah bekerja, dinasihatkan declare tax secara berasingan supaya anda boleh maksimumkan pengecualian cukai ini.
Di bawah adalah cara nak baca penyata yang disediakan oleh pihak takaful. Contoh adalah dari syarikat Prudential BSN Takaful Berhad. Format nak baca penyata adalah sama, cuma cara nak download penyata itu adalah berbeza, mengikut syarikat masing-masing.
3. Kemudian, pilih Contribution Statement. Di sinilah yang ramai buat silap di mana mereka download Annual Statement. Di dalam annual statement, tidak dinyatakan pecahan berapa bahagian untuk insurans nyawa dan perubatan/pendidikan yang dibolehkan dapat pengecualian. Akibatnya, anda akan tersalah declare dalam Borang B/BE di LHDN.
4. Pilih tahun 2022 dan tekan Download. Rujuk gambar di bawah:
5. Buka fail yang anda download tadi dan pastikan ia adalah penyata dan nombor sijil anda.
4. Lihat pada jadual yang telah disediakan, penyata caruman sepanjang tahun 2022 telah diasingkan kepada 2 kategori iaitu sumbangan takaful keluarga asas dan sumbangan takaful perubatan
5. Ambil jumlah sumbangan bagi setiap kategori dan masukkan ke dalam Borang B/BE di LHDN.
Jumlah sumbangan takaful keluarga asas dimasukkan untuk Insurans Nyawa, manakala sumbangan takaful perubatan pula dmasukkan untuk Insurans Perubatan/Pendidikan.
Rujuk gambar di bawah: